Monday, July 24, 2017

Open House Schawal Dan sambutan harijadi Lara Alana

Nampaknya Kita dah dipenghujung syawal. So, semalam memang ramai Yang pulun buat open house. Mama nak cerita tentang open house penutup bagi mama pada tahun ni. Open house Schawal.. atau sekarang boleh Di panggil juga Schawalara...haha comel Pula bunyinye. Masa raya kedua sebenarnya mama dah pergi beraya ke rumah ibu bapa awal, auntie aisyah Dan uncle ashaari tapi masa Tu awal takde. Sepupu Yang pergi Raya ketiga sempat jumpa awak tapi masa Tu mama dah balik ke Johor. So, ni barulah berpeluang berjumpa Schawal Raya ni

Kalau Ada Yang dah tengok gambar Di fb semalam mama dah upload beberapa pic tapi Tu cuma upload sikit aje, saja nak masukkan banyak sikit gambar ekslusif Dalam blog ni. Nak upload semalam battery handphone Pula dah habis, maka bertabahlah mama tunggu harini baru nak buat entry. Mana taknya selepas Majlis open house, Kami pegi ke hospital untuk melawat kawan ayah Syafi Yang admitted di Tropicana medical centre, pastu boleh Pula berjalan ke one utama lagi sampai kul 10 Malam baru sampai rumah.

Tapi sebelum Tu mamai warning ye, entry Kali ni byk gambar. So jangan boring ye haha.

Mama dapat jemputan ke open house Schawal melalui kakak awal Yang mama panggil kak Lynn. Disamping open house dibuat juga sambutan birthday Lara Alana Yang comel Tu. Birthday Lara Yang ke 3 tahun genap 22 julai iaitu semalam. Birthday Lara Dan kak Lynn sama rupanya. Alahai sekejapan aje Lara dah 3 tahun. Rasa macam baru semalam je pergi ke wedding Schawal Yang hilang gemilang dulu. Kalau nak tau boleh baca kat sini  Kad-perkahwinan-awal-scha Dan  Wedding-schawal-di-picc

Jom layan gambar.. 


Jemputan Yang mama terima

Gambar retis Dan Kami Yang tak berapa nak retis ni haha.  

Gambar 5 tahun lalu masa Schawal wedding. Ada beza tak? Apsal gambar semalam nampak mama makin ketot? Adoii

Rajin awal melayan tetamu. Dulu masa kahwin pun datang ke meja Kami juga

Sambutan birthday Lara Alana. Cantiknya keluarga ni. Lara malu2 sikit. Best juga kat tingkat atas dewan ni khusus untuk kanak2 Ada clown buat belon, Ada magic show Dan Ada playground

Syafi mulanya taknak join amik gambar, tapi mama paksa juga suruh masuk

Tetiba Syafi berada Di bawah ketiak uncle awal haha. Nasib lah nak. 

Saje ambil gambar ni sebab mama suka fresh flower tu

Antara makanan Yang Ada. Banyak lagi Yang tak termakan. Laksa, pasembor, roti John,kambing golek, lemang, ketupat palas, rendang, kuey teow, new goreng ohoii banyaknya makanan. Semuanya Dari kuzie katering. Yang bestnya Ada satu Peti ais yakult. Ambillah banyak mana Dan minum sampai puas. Yakult memang kegemaran Lara 

Kek birthday Lara Alana. Tu dia sampai 5 bijik termasuk Yang sponsored

Awal Dan nabila huda tengah karaoke. Ada beberapa lagu diorang nyanyi. Sedap suara. Majlis Di MC Kan sendiri Oleh awal. Dah dia selalu jd host boleh sangatlah host Majlis sendiri kan

Haa.  Yang ni Lara memang suka. Kalau budak swusia dia memang lah suka main lompat-lompat macam ni Kan. Si raissa, sepupu Syafi Yang pecahkan henfon pun Ada Dalam pic haha..

Mama, kakak ipar Dan Scha. Hurmmm.. mama ke Yang palik gumuk? Huhuu..

Selfie Jap dengan Scha. Tq Scha tolong tekan butang camera

Terjumpa liyana jasmay Yang comel sangat. Macam anak dara. Artist lain mama tak sempat ambil gambar dengan diorang padahal asyik tertembung aje seperti Dinas, AG, nabila huda dan Ada Yang mama tak tau nama diorang ahaks.

Rasanya itu jelah mama nak kongsikan. Kalau Ada Yang tertanya-tanya apa hubungan Schawal Dan  kami, sebenarnya awal adalah sepupu husband mama. So Lara Alana adalah 2 pupu Syafi la Kan. Apapun. Terima kasih kepada awal Dan Scha semoga kamu berdua dimurahkan lagi rezeki ye.



[ Read More ]
Saturday, July 22, 2017

Review d'village resort melaka

Mama ke sini 20 Disember tahun lepas tanpa Ada apa-apa tujuan, haha boleh gitu? Biasalah bila dah hujung tahun kerja kat opis terlalu banyak Dan Terasa agak stress. So kesempatan balik kampung waktu Tu mama saja minta extra cuti untuk tenangkan fikiran. Pada mama dapat keluar ke tempat Yang baru dan berehat-rehat Serta bermalas-malasan cukup lah buat stress mama pun hilang hihi..

So, mama pilih hotel Yang dekat dengan laluan mama balik Dari muar ke kl, jadinya pilihan mama Di Melaka je lah, Yang paling best Di air keroh. Senang satu jalan. X stress haha. Pilihan mama adalah D Village Resort Ayer Keroh Melaka. Mama pilih sini sebab Ada pool, breakfast included, WiFi, Ada aircond sudah kemestian lah Kan.


Mama booking bilik melalui Agoda. Harganya rm206.00. tapi bila mama check harini tengok harga rm227.27. bilik Yang mama book adalah family chalet sebab Ada 2 adjoining room Dalam satu chalet. Kebetulan mama bawa mak mertua so bolehlah Syafi tidur sebilik dengan nenek nya Di bilik sebelah .

Bila dh sampai kat Sana tak sangka Pula d village ni hampir betul dgn mydin Ayer Keroh. Tgh Bandar jugalah resort ni. Betul2 tepi jalan dekat dengan lampu isyarat mydin Tu. Family chalet yg mama book Dari segi bilik memang best. Ada 2 bilik Dan 2 bilik air. Berbaloi lah. Rupanya family chalet berdekatan dengan pool tau. So sampai jr ke chalet Syafi dah gedik nak Mandi dah. Disekeliling pool memang semuanya chalet. So kalau korang ke sini nak duduk dekat dgn pool kenalah book chalet. Motel room jauh sikit.

Dari segi bilik Pula, masa mula2 masuk Tu mama Ada terbau seperti sesuatu Yang basah kat dalam Tu. Alaa.. bau macam terpengap Tu.. . Ye lah Dalam Tu Ada carpet Dan dah tentu org Yang straight balik Dari pool Akan basahkan carpet Tu Kan. Ambil masa juga untuk kering. So, mama pun complaint kat receptionist kat depan Tu Dan sekejap aje Ada orang datang bagi pewangi bilik. Pada masa Yang sama mama pun minta tuala Mandi sekali sebab Dalam bilik tak disediakan Pula. Katil Syafi Ada masalah sikit tak tau apa, jadi senget. So, pekerja situ terus juga repair.


Bilik kami

So far hilang jugalah stress mama lepas duduk sini. Lega sikit straining kat bahu ni. Breakfast Yang disediakan  ok jugalah Ada nasi  lemak, roti bakar, sandwich, etc. Wifi cuma Ada Di area reception je ye. Pemandangan kat sini cantik tau tak sangka tempat ni Di bandar. Jom tengok antara gambar Yang mama snap.

Kalau nak tau lebih lanjut boleh ke website https://www.dvillageresort.com.my

Seronok si Syafi mandi pool 2 hari berturut-turut. Tempat breakfast Di sebelah Tu je


Gambar Di area reception


Cantik kan susunan chalet kat sini. Banyak chalet Yang disediakan

Di bawah ni adalah penerangan tentang bilik Di sini beserta harga. Kalau nak murah book melalui Agoda atau booking.com

Standard Motel

STANDARD MOTEL

  • Beds:1 double bed / 2 single beds
  • Occupancy:1 persons
  • Rates from:RM 160
Standard Motel Triple

STANDARD MOTEL TRIPLE

  • Beds:1 double bed and 1 single bed
  • Occupancy:3 persons
  • Rates from:RM 180
Standard Chalet

STANDARD CHALET

  • Beds:1 double bed / 2 single beds
  • Occupancy:2 persons
  • Rates from:RM 180
Family Chalet

FAMILY CHALET

  • Beds:1 double bed and 2 single beds
  • Occupancy:4 persons
  • Rates from:RM 320

Ni adalah alamatnya Dan no telefon Air Keroh D Village resort Melaka;

Air Keroh D Village,
1726, Jalan Ayer Keroh,
75450 Ayer Keroh, Malaysia.P
honee: +606–232 8000
Fax: +606–232 7541 Email: info@dvillage.com.my
[ Read More ]
Friday, July 21, 2017

Nuffnang bermasalah

Sesiapa yang Ada nuffnang Tu mama nak Tanya sikit. Korang punya nuffnang ok tak? Mama punya nuffnang bermasalah dah beberapa Hari. Mama memang suka tengok blog stats melalui nuffnang kerana mama suka tengok referral Dan keywords Yang digunakan untuk reach blog mamapipie. Tapi sejak nuffnang bermasalah ni blog stats terus hilang. Blog stat jadi 0. Kalau Ada pun sikit sangat sekejap Ada, sekejap takde  Terasa macam tak wujud Pula nuffnang Dalam blog ni. Berdebar juga ingatkan nuffnang Makin merajuk dengan mama.

Akibat tak tahan berteka teki maka mama pun isilah borang pertanyaan ke nuffnang. Setelah emailkan no IC Dan Nama sebenar mama, barulah nuffnang menjawab pertanyaan mama. Hmm... Nampaknya kena tunggu lah mereka settlekan masalah ni dulu. Berikut jawapan nuffnang.

Cerita tentang nuffnang ni buatkan mama teringat tentang perkara semalam. Alkisahnya masa bulan June masa mama mula aktif berblog semula, mama terperasan Ada kemasukan duit misteri Dalam account maybank mama. Takdelah byk sangat Dalam rm100++ je. Tapi mmg Rasa pelik sangat kenapa tetiba duit masuk ni? Nak pulangkan semula tak tau Dari siapa.

Persolan mama terjawab bila mama godek-godek akaun innity mama semalam. Tetiba teringat Pula nak check berapa dah earning mama. Rupa-rupanya dia dh bnk in masa bulan June lepas hahaha.. punyalah dah lama tak berblog sampai dah lupa kerenah innity yg suka bank in bila dah cukup haul tanpa bagitau Kita. Nampaknya mama sendiri dah terlupa tentang tulisan mama berkenaan ni Dalam Payment-ke-3-innity

Nak tau apa hukumnya letak ad nuffnang, innity atau seangkatannya Di blog? Meh baca ni Hukum-meletakkan-iklan-nuffnang-google-innity

Ada sesiapa tahu... Selain nuffnang, macam mana Kita nak tau keywords orang guna ke blog Kita ye? Or referral Dari mana?
[ Read More ]
Thursday, July 20, 2017

Prank makan diri

Haa.. prank makan diri.. nak kenakan orang tapi akhirnya diri sendiri Yang kena. Haaa.. nak salahkan siapa? Salahkan diri sendiri je la ye. Isk.. isk.. isk..

Semalam mama hampir tumbuh tanduk penangan anak bujang mama yang sorang ni. Aduyaiii, apa Pula Yang dibuatnya Kali ni.

Inilah hasilnya.. prank makan diri. Habis skrin Telefon pecah.


Nak tau puncanya? Geram juga Rasa Di Hati ni tapi kutahankan jugalah ye.. haha..

Asalnya Syafi nak prank adik sepupu dia Yang berumur 4 tahun. Budak Tu memang tak suka lipas. Di downloadnya Dari Google play application Cockroach on Phone. So, bila on apps Tu nampak macam Ada lipas betul atas phone Kita. Rupanya macam ni. Dia download juga Dalam handphone mama rupanya.


Apalagi, Raissa si sepupunya terkejut then tepis handphone Dari Tangan Syafi. Maka jatuhlah handphone Tu Dan pecahlah skrinnya. Habis!!  So, kes ni mama pun tak tau nak marah ke nak apa kat si Syafi. Redha je laa..

Sepupu Syafi.. tak boleh nak salahkan budak kecik ni juga.. wee geram tengok adik nya Tu bulat betul. Kecik2 dah pandai tengok kamera

Maka... Sekian cerita mama harini.. ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†
Terus migraine mama datang lepas kejadian Ni tau.




[ Read More ]
Wednesday, July 19, 2017

Haaa Kan dah kena grounded...

Yesterday, Syafi was grounded... from using his handphone. Haha merasa lah dia kena grounded. Selalu mama bagi can aje Kan. Alkisahnya semalam mama bagitau Syafi Yang berkemungkinan.. diulangi sekali lagi... Berkemungkinan dia xyah pergi sekolah sesi petang, in case kalau mama jadi pergi melawat boss mama yg retak tulangnya akibat terjatuh Di rumahnya.

Selalunya mama memang balik ke rumah setiap lunchtime untuk hantar Syafi ke sekolah. Tapi kalau mama dah pergi melawat, maka tak sempatlah mama nak balik Kan. So, tetiba tak jadi Pula plan mama dengan beberapa orang opismate mama. Mama pun Telefon anak mama seperti biasa, bagitau tak jadi Dan suruh dia pakai baju sekolah. Jap lagi mama nak hantar gi sekolah..

Ade ke.. dia WhatsApp mama suruh mama pergi juga rumah boss mama Tu. Bila mama kata mama tak tau jalan ke rumah boss mama, senang je dia suruh mama guna GPS. Ahaii... Budak zaman moden ni.. last2 mama suruh dia get ready gak, pastu dia boleh tak layan mama. Mama call banyak Kali dia taknak jawab. Isy, budak ni... Bila mama dh sampai rumah, ingatkan dia dah ready, tapi rupanya duduk Dalam selimut, masih berpakaian biasa.. menangis tak nak gi sekolah hahaha.. umur dah 9 tahun oii, takkan tantrum lagi Kut.. klik ni kalau nak lebih tahu tentang tantrum- Tantrum-apa-yang-perlu-dibuat.

Dah dipujuk-pujuk tak mau, bergulung dh mcm tenggiling Dalam selimut Tu.. akhirnya mama malas nak layan dah. Mama mula buka cerita sedih bagaimana balasan anak derhaka, tentang bagaimana perasaan seorang ibu bila anak tak dengar kata, etc. Hmm.. tak jalan juga. Malas dh nak buang masa mama terus ambil handphone dia Dan mama balik ke office semula. Biar dia Rasa duduk rumah takde handphone dia Tu. Pastu, dengan menggunakan handphone dia mama WhatsApp kat group Kami Yang Ada 3 orang ni je..


Hmm.... Iye tak ye juga kan.  Takde handphone, tapi komputer kat rumah Tu boleh aje dia guna haha.. 

Mula-mula Tu memang Ada perasaan marah mama pada budak ni.. tapi rupanya Ada hikmah disebalik Yang berlaku. Ada sesuatu yg berlaku Di office sehingga membuatkan mama balik lambat hingga hampir pukul 8 Malam baru sampai rumah. Hmm.. tak jadi nak marah dibuatnya. 

Tak habis lagi cerita... Rupanya anak mama dah ok bila mama sampai rumah Tu. Ada Surat cinta lagi diletak Di tempat telekung mama. Nak gelak mama dibuatnya, kalau korang faham boleh lah Cuba baca tulisan Syafi yg macam tulisan doktor ni.

Pesanan suruh baca buku ..

Surat minta maaf Dari Syafi hahaha...siap ada love Tu..

Mama jawab Dan suruh Syafi reply

Ok, dia dah janji tak buat lagi. Semoga Syafi tak buat lagi perangai ni. Lagipun Umur dah 9 tahun, dah besar untuk buat perangai sebegini. So, selepas habis sesi membalas Surat, maka session grounded diakhiri dengan Syafi bersalam dan cium Tangan mama, cium pipi, cium dahi Dan peluk-peluk mama.  Ok, mama memang dah lama cool down dah nak..

Sebelum tido, dia ngayat mama.. "Mama, kenapa Syafi Rasa macam kena grounded Dari guna handphone?". Jawapan mama, "memang grounded lah ni. Cuma next time lebih lama lagi mama ambil handphone Tu tau". Lalu, mama pun pulangkan lah smula handphone dia.. uik, panjang Pula cerita mama Kali ni.

Ceeita pasal menangis ni, Tetiba teringat Pula mama cerita masa Syafi Umur 2 tahun. Cerita dia kena gangguan makhluk halus. Kalau nak  tau meh baca ni. Bila baca semula Seram pula rasanya huhuu..



[ Read More ]

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors